Agak lama juga kami menghabiskan masa di restoren Delifrance
itu. Tuan Megat tidak jemu-jemu
memberikan kata-kata semangat kepadaku sehinggakan aku merasa amat malu
kepadanya. Aku seolah-olah seorang anak
remaja yang baru belajar bercinta dan diajar bagaimana untuk mengatasi
kekecewaan setelah aku dikecewakan.
Begitulah situasi yang ku rasa sekarang ini. Dari gaya dan cara tindakan Tuan Megat, dia
benar-benar mahu aku melupakan terus lelaki durjana itu.
Bukanlah aku tidak boleh melupakannya. Bodohlah aku jika terus berperasaan begitu
kepada seseorang yang telah mempersia-siakan cinta dan kasih sayangku
kepadanya. Cuma, lelaki durjana itu
adalah cinta pertamaku yang mana aku telah memberikan sepenuh hatiku
kepadanya. Itulah kesilapan paling besar
yang pernah aku lakukan. Menyerahkan
keseluruhan hatiku kepadanya tanpa menyediakan tapak sebagai persediaan jika
aku dikecewakan dan kerana itu aku mengalami kekecewaan yang amat dasyat
sehinggakan aku merasa amat fobia dengan perasaan itu. Benarlah kata-kata, jika menyayangi dan
mencintai seseorang, janganlah menyayanginya seratus peratus. Tinggalkan beberapa peratus untuk dikecewakan
dan begitu juga sebaliknya. Baru kini
akau merasakan kebenaran kata-kata itu.
“Wani…..saya rasa sudah sampai masanya kita berfikir dengan lebih
serius mengenai hubungan kita ni….”, setelah sekian lama kami berbincang,
akhirnya Tuan Megat meluahkan apa yang dirasanya.
“Apa maksud awak?”, soalku kurang mengerti akan maksud
kata-katanya.
“Maksudnya, kita ikat hubungan kita dengan ikatan yang rasmi….”,
balas Tuan Megat dengan berhati-hati.
Walaupun, aku seperti faham apa yang cuba disampaikan oleh Tuan
Megat, tetapi aku masih kabur tentang maksud sebenar kata-katanya.
“Ikat? Ikat macam mana?”,
soalku keliru.
“Kita bertunang….atau kalau susah-susah sangat, kita nikah aje
terus….”, balas Tuan Megat yakin.
Matanya kelihatan bersinar-sinar dengan cadangannya sendiri.
“Bertunang? Nikah? Awak tak rasa awal sangat ke? Bukan ke kita baru je kenal?”, soalku cuba
mengelak kerana sememangnya aku belum bersedia dengan cadangannya itu.
“Wani….kita bukan makin muda…dan tempoh masa perkenalan yang lama tidak
akan menjamin Wani untuk mengenali seseorang itu sepenuhnya….ianya juga tidak
menjamin kebahagiaan seseorang….dan sebenarnya, semakin lama Wani cuba
mengenali seseorang itu, makin banyaklah perkara yang buruk Wani akan
jumpa….kerana itulah lumrahnya. Jika
yang baik Wani cari yang baik jugalah Wani jumpa…..jika yang buruk Wani cari
yang buruklah juga Wani dapat. Sebagai
manusia biasa, kita memang penuh dengan kekurangan…dan jangan jadikan
kekurangan itu sebagai halangan untuk kita pergi lebih jauh dalam hubungan
kita, sebaliknya cuba atasi kekurangan itu dan jadikan ianya satu kelebihan
yang ada pada diri kita…..”, Tuan Megat cuba meyakinkanku dengan cadangannya
itu.
Entah kenapa, aku merasakan kata-kata Tuan Megat ini senada dengan
kata-kata ibu kepadaku dahulu.
“Tapi….saya takut…”, akhirnya ku luahkan juga apa yang sebenarnya
terbuku di hatiku.
“Wani takutkan apa sebenarnya?”, soal Tuan Megat serius setelah
mendengar respon dariku.
“Entahlah…..saya sendiri tak tahu apa yang saya takutkan….apa yang
pasti saya takutkan kegagalan. Kalau
boleh, saya memang dah tak mahu ungkit-ungkit lagi kisah dulu….tapi untuk
pengetahuan awak, sebenarnya hati saya ni dah pernah luka parah akibat
diperlakukan begitu dan disebabkan itu saya takut untuk meletakkan apa-apa
komitmen dalam hubungan saya dan awak…apatah lagi, saya kira hubungan kita ni
masih terlalu baru sangat….”, balasku lemah.
Suasana sepi seketika. Tuan
Megat merenung dalam ke dalam mataku seolah-olah ingin mengalirkan kekuatan
dari dirinya ke dalam diriku.
Aku tunduk kerana kalah dengan renungan Tuan Megat yang sentiasa
boleh membunuh jiwa ragaku.
“Maafkan saya….”, sambungku lagi setelah merasa bersalah terhadap
apa yang kuluahkan kepadanya. Mungkin
aku terlalu berterus-terang dengannya.
“Untuk apa?”, soal Tuan Megat setelah mendengar maafku.
“Saya tahu, saya tak patut cakap macam tu pada awak….tapi saya tak
boleh menipu. Itulah yang saya rasa
selama ini. Orang yang tidak berada di
tempat saya mungkin akan mengatakan yang bukan-bukan kepada saya….tapi saya
yang mengalaminya….dan tambah parah, bila saya hanya memendamkan kesakitan hati
saya ini selama lima tahun. Saya
mengharunginya sendirian kerana ini memang satu kelemahan saya….saya tak mampu
berkongsi kisah peribadi saya dengan sesiapa pun….walaupun keluarga saya
sendiri. Mungkin kerana saya dilahirkan
sebagai anak sulung, saya tidak mahu kekecewaan yang saya alami menjadi bebanan
untuk ahli keluarga saya sendiri…..”, sambungku lagi tanpa dipinta hanya kerana
aku mengharapkan pengertiannya.
Tuan Megat merenungku lagi.
Aku sendiri tidak tahu kenapa lelaki itu sedari tadi asyik
merenungku. Entah apa yang sedang
bermain-main di fikirannya pun aku tak tahu.
“Wani….seorang wanita yang hebat itu, mampu membalut luka di hati
dengan sabar, mampu hilangkan amarah dengan istighfar dan mampu menghapus
dendam dengan maaf….”, balasnya penuh bermakna.
“Saya faham….tetapi saya tak mampu untuk menjadi sehebat wanita
itu. Saya hanya manusia biasa…sebenarnya
saya tak kuat menghadapi kekecewaan saya seorang diri…tapi dalam masa yang sama
saya juga tidak mampu untuk berkongsi….dan sebab itulah saya menjadi semakin
agresif…..sekadar untuk menutup kelemahan diri sendiri…..”, akhirnya ku luahkan
apa yang menjadi rahsia hatiku selama ini.
“Wani….izinkan saya mengubati kekecewaan Wani tu. Saya tak mahu menjanjikan bulan bintang untuk
Wani sebab saya hanya lelaki biasa yang tidak ada apa-apa kelebihan dan
keistimewaan pun….tetapi itu tidak bermakna saya tidak boleh membahagiakan
Wani. Sekali gagal, tak bererti Wani
akan terus gagal….Wani masih berhak untuk mengecap kebahagian seperti orang
lain juga….macam yang pernah saya kata dulu, mungkin Allah mempunyai
perancangan yang lebih baik untuk Wani selepas ini….apa yang penting Wani mesti
sentiasa positif…you can’t live a positive life with a negative mind…..dan
lagi satu, if it causes you more pain than happiness, let it go….”, Tuan
Megat terus cuba mempositifkan diriku.
Memang dia tidak pernah mengenal erti putus asa.
Aku mengakui akan kebenaran kata-katanya dan sebenarnya sudah lama
aku cuba untuk bersikap lebih optimis terhadap masa depanku, tetapi kelemahan
diriku sendiri menyebabkan aku kerap tewas dengan perasaanku sendiri.
“Saya banyak melakukan kesilapan di masa lalu…..saya terlalu
mengikutkan perasaan. Yelah, hati
muda….nak buat apa-apa, langsung tak fikir panjang. Entahlah….saya tak tahu nak cakap macam mana
lagi….apa yang pasti saya cukup menyesal dengan kesilapan yang telah saya
lakukan dahulu….”, aku terus meluahkan kekesalan yang bersarang di hatiku
selama ini.
“Wani….your past mistakes are meant to guide you, not to define
you…”, Tuan Megat membalas kata-kataku dengan makna yang cukup mendalam.
Aku mengangguk untuk kesekian kalinya kerana setiap bait
kata-katanya memang ada kebenarannya dan sesungguhnya aku tidak boleh
menafikannya.
“So, macam mana dengan cadangan saya ni? Wani setuju?”, soal Tuan Megat lagi setelah
melihat aku terus mendiamkan diri.
Aku berfikir seketika. Tidak
mahu tergesa-gesa dalam mengambil keputusan yang cukup penting untuk masa
depanku itu, tetapi ada benarnya juga kata-kata Tuan Megat tadi, aku bukannya
semakin muda. Jika sudah ada lelaki yang
benar-benar jujur dan ikhlas terhadap diriku, apa lagi yang hendak aku
tunggu? Lelaki yang bagaimana lagi yang
aku mahukan?
“Awak sedang melamar saya ke ni?”, soalku sengaja ingin mengubah
suasana supaya lebih ceria setelah agak suram.
“Hishh!! Apa pulak
melamar? Kita ni orang islam….orang
melayu…ada adat dan cara kalau nak melamar.
Jangan ikut cara orang bukan islam melamar….nak berlutut-lutut bagai. Siap nak tunjuk-tunjuk depan orang
lagi….kalau boleh nak umumkan live kat tv….”
“Kalau bukan melamar, nak panggil apa?”
“Bertanyakan pendapat….sebab saya tak mahu buat sesuatu tanpa
persetujuan Wani…apatah lagi ini melibatkan soal masa depan kita sendiri….”,
Tuan Megat menjelaskan kepadaku lagi.
“Kalau saya kata saya…..setuju?”, aku sengaja ingin
mengusiknya. Tidak mahu nampak aku
terlalu excited dengan lamaran…err…bukan lamaran tapi pertanyaannya itu.
“Alhamdulillah….kalau Wani dah setuju, bolehlah saya forwardkan
mesej ni pada orang tua saya untuk tindakan selanjutnya…”, balas Tuan Megat
senang.
Aku dapat melihat wajah Tuan Megat yang berseri-seri. Mungkin kerana aku sudah bersetuju dengan
‘pertanyaan’nya itu.
“Tapi….kita bertunang dulu….saya belum bersedia untuk menikah….”,
aku cuba menjelaskan apa yang aku harapkan ketika itu.
“Takde masalah….tapi saya tak mahu bertunang lama-lama…..orang
yang bertunang ni banyak dugaannya…..saya tak tahan dengan dugaan….”, balasnya
lagi.
KAMI sampai di hotel lebih kurang jam sepuluh setengah malam. Lama juga kami berada di Mid-Valley hingga
sempat bersolat maghrib dan isyak di sana.
Kami tidak makan malam kerana perut kami masih kenyang menikmati minum
petang merangkap makan malam tadi.
Selesai solat isyak tadi, Tuan Megat mengajak aku melihat cincin untuk
pertunangan kami di Diamond & Platinum Sdn. Bhd yang terletak di aras bawah
pusat membeli-belah itu. Aku yang
mulanya agak kurang senang kerana merasakan tindakan Tuan Megat itu seolah-olah
cuba membelakangkan orang tuaku, tetapi akur juga setelah dia meyakinkanku
bahawa dia sekadar ingin melihat citarasaku.
“Wani jangan risau…..kalau itulah yang Wani risaukan yang saya
seolah-olah ingin membelakangkan orang tua Wani, insya Allah sama sekali tidak
akan saya lakukan. Macam yang pernah
saya katakan dulu, restu orang tua akan membawa keberkatan. Saya cuma nak tahu Wani suka cincin yang mana
dan saiz jari Wani….nanti senanglah saya nak pilih dengan ibu saya…..”, Tuan
Megat bersungguh-sungguh menjelaskan kepadaku tentang niatnya itu.
Aku hanya mendiamkan diri mendengar kata-katanya.
“Kenapa diam ni? Macam tak
suka aje? Saya ada terbaca satu quote
berbahasa Inggeris. Katanya, if a
girl is silent, it’s dangerous. She’s
either, over thinking, tired of waiting, about to blow up, needs a hug, falling
apart, crying inside or all of the above….so, Wani yang mana satu ni? Jangan yang keempat tu ye sebab kita belum
halal lagi…atau jangan yang last sekali tu dahlah….tak terpujuk saya
dibuatnya….”, Tuan Megat cuba mengusikku setelah melihat aku seperti tidak
gembira dengan tindakannya itu.
“Eeee….ye ke macam tu?
Teruknya…saya rasa satu pun tak kena dengan apa yang saya rasa sekarang
ni….”, balasku setelah terasa agak lucu dengan usikannya itu.
“Ok…kalau takde kena mengena langsung dengan apa yang
disebutkan tu, tunjukkan cincin yang macam mana Wani suka….”, Tuan Megat terus
menggesaku.
Aku menunjukkan bentuk cincin yang ku minati. Aku suka yang simple sahaja. Tidak suka yang meriah dengan batu-batu. Berat! Nanti bengkok jari-jariku yang runcing ini…
“That’s it….yang lain semua terserah pada ibu awak. Nama pun nak memberi kan? Kalau dah saya pilih, itu namanya saya yang
nak dan bukan awak yang bagi….”, putusku.
Aku memang kurang senang untuk terus berlama-lamaan di situ.
Sewaktu kami sampai di lobi hotel, aku dapat melihat ramai juga
peserta-peserta kursus yang baru pulang.
Walaupun aku tidak tahu mereka dari mana, tapi aku dapat merasakan
mereka juga sepertiku meronda-ronda kawasan di bandaraya Kuala Lumpur.
Aku dan Tuan Megat terus menuju ke lif. Kami sama-sama menaiki lif hingga ke tingkat
lima belas. Ingin menghantarku hingga ke
depan bilikku untuk mempastikan aku selamat sampai dan tidak diganggu oleh
‘sesiapa’ pun katanya dan selepas itu barulah dia akan turun semula ke tingkat
sepuluh.
Gentleman sungguh lelaki
ini!
Tuan Megat sempat berpesan kepadaku ketika kami keluar dari lif.
“Wani…..saya nak, lepas Wani masuk bilik terus cuci muka, gosok
gigi dan terus tidur. Saya tak nak Wani
melayan perasaan sendirian lagi…..nanti entah apa-apalah yang
difikirkannya….tapi kalau Wani nak fikir dan rindukan saya, silakan….it’s my
pleasure….”, selamba sahaja Tuan Megat berkata kepadaku.
Mulanya pesanannya kedengaran cukup serius tapi di
hujung-hujungnya, dia tetap hendak mengada-ngada denganku tetapi aku senang
dengan sikap mengada-ngadanya sekarang.
Kalau dulu, sewaktu zaman brutalku….hmmm…entahlah. Mungkin dah kena ‘sedas’ denganku!
“Takde maknanya nak rindu dengan awak….dah berjam-jam keluar
takkan nak rindu lagi kot?”, balasku sengaja hendak menafikan kata-katanya
kerana aku tidak mahu dia terus ditimpa perasaan.
“Ye ke? Wani jangan cakap
besar…..kita tengok malam nanti….siapa yang telefon siapa….siap merayu-rayu
kata rindu kat saya….masa tu, kalau Wani kata rindu kat saya, minta maaflah,
saya tak boleh buat apa-apa lagi….”, balas Tuan Megat yakin sengaja ingin
mengenakanku.
“Eleh….perasan! Kata orang
biar ditimpa konkrit….tapi jangan sampai ditimpa perasaan. Inilah jadinya!”, balasku tidak mahu kalah.
Tuan Megat hanya ketawa. Aku
dapat melihat wajahnya yang keriangan.
Berbeza sewaktu kami ingin keluar petang tadi. Mungkin dia sudah lupakan kisah lelaki
durjana itu!
next entry please..
ReplyDeleteThanka AnnYa....
ReplyDeleteWah, belum hilg penat jari dok mengupload bab 28, dh minta next entry ye....sabar ye....apa2 pn tq...
sy pun tk sabar nk baca lagi ni... :-D ni salah satu novel yg bersifat cinta dewasa yang memang sy cari dan tunggu2x... mmg menguji emo.. hehehe... x sabar nk tunggu next entry.. best sgt.. ;-)
ReplyDeleteThanks Ferra Leza....
ReplyDeleteSuka dgn komen awk yg lain dr yg lain...thanks a lot sbb sudi terjah blog saya & bg komen...saya amat mghargai pmbaca2 spt anda....tq again
dear shila,
ReplyDeleteyeahhhhh, tn megat sudah cucuk jarum.. munger-munger chenta sudah berkembang, kasik kawinkan je derang berdua.. lecehlah tunang2 neh.. uikssss, kalu dah kawin.. cepat plak abis cite nie kan.. mana ada novel 29@30 bab je.. part saspen, part misteri, part thriller blum ada lagi.. aparaaaaa, tak bley pakai lansung my komen.. sila ignore okeh.. (terlebih makan nasik kendhuri lah neh) muehehe..
Thanks Noor....
ReplyDeleteMmg betul masih byk konflik yg x trjgka dlm hubungan Wani & Tn Megat....apakah dia? Nantikan...apa yg pasti konflik ini benar2 mengguris perasaan bukan sj mereka brdua tp jg org2 sekeliling mereka...lg pn bab 28 ni belum separuh dr keseluruhan bab DSSSM....
thanx akak, upload . . mmng tnggu cngt bab nie . . ske cngt jln crite nie . ada mase nanti upload lg eh ? hee (xsbar menunggu >.< )
ReplyDeleteThanks si comey.....
ReplyDeleteInsya Allah akan diuploadkan lg bab2 seterusnya slps ni.....harap sabar menanti ye....tq
cite ni upload setiap hari ape ye?
ReplyDeletesng nk tgk kat blog..takde tertunggu2..hehehe
Thanks Amy Zaty....
ReplyDeleteSebenarnya xde hari yg tetap sbb brgantung pd mood utk mgupload....tp biasanya hari jumaatlah.....
jumaat ek? harap2 wani buat diri dia mcm peserta2 lain... buat tak kisah dengan lelaki yg tinggalkan dia tu... mesti kuat semangat.. :-D dia kan cikgu terpilih..
DeleteThanks ferra leza...
ReplyDeleteHmmm....tu kena tggu bab seterusnyalah....konflik dh semakin dekat ni...huhu
sgt menghiburkan.....tima kasih atas penat lelah shila mencipta karya sebaik ini.....
ReplyDeleteThanks nadea...
ReplyDeleteUtk menyiapkan manuskrip DSSSM ni mmg memerlukan kekuatan mental & fizikal...& ianya brbaloi bila pmbaca2 spt nadea dpt menerima dgn baik kisah ini...(Eruskan menhikuti ye...tq
Typo: *teruskan mengikuti
ReplyDeletesabar menanti... :-D
ReplyDeleteThanks Ferra Leza....
ReplyDeleteInsya Allah saya akan uploadkn mlm ini @ esok ye...
please sambungggggggggggggggggg hehehe tak sabar ..
ReplyDeleteThanks Anne Hasmey....
ReplyDeleteInsya Allah hari ni saya uploadkan ye.....nk settelkan kerja2 dulu.....harap brsabar...
waaaa..... rama2 berterbangan dlm hati ni...
ReplyDeletesuka3......best...